Followers

Sunday 26 February 2012

4 ciri bakal suami yang perlu dijauhi

wanita pada hari ini sudah pasti menginginkan seorang lelaki yang baik dari segala aspek. sempurna pada pandangan matanya dan begitu banyak ujian dan rintangan untuk mencari seorang lelaki idaman..oleh itu terdapat 4 ciri bakal yang perlu dihindari ..

1) Akidahnya rosak 
 inilah ciri lelaki yang tidak layak dijadikan idaman hati anda. Akidah yang rosak akan mengakibatkan          semua sekali akan turut rosak.

2 ) tangan suka usik mengusik
 Tangannya suka bersalam wanita yang tidak halal baginya. Lelaki seperti ini sama sekali tidak layak            dijadikan bakal suami.

3) mensia-siakan solat
solat jemaah bagi lelaki adalah suatu kewajipan sebagaimana disebutkan dalam al-Quran dan berbagai 
hadis. 
Oleh itu lelaki yang mensia-siakan solatnya tidak sesuai dijadikan bakal suami.

4) senangnya berdua-duaan
  inilah sikap lelaki yang tidak baik yang sering mengajak pasangannya yang belum halal baginya untuk  berdua-duaan (berkhalawat )

oleh itu yang buruk dijadikan sempadan. yang baik dijadikan tauladan :) 
  


Wednesday 8 February 2012

Doa berkesan untuk hilangkan migrain @ sakit kepala


1 amalan yang dapatmenghilangkan sakit kepala atau migrain. Kesian aku tengok kawan-kawan aku, ramai yang mengadu kata diorang selalu sakit kepala. Termasuk la bini aku. Kerap benar dia kena migrain. Nak-nak pulak, masa tengah mengandung anak ke-2 kami ni.
sakit kepala @ migrain
So, kepada yang selalu sakit-sakit kepala. Kepada yang asyik migrain jer. El0klah amalkan doa @ ayat Quran seperti diterangkan dibawah.
Aku dapat doa @ ayat-ayat ni melalui satu ceramah di Radio IKIM, yang disampaikan oleh seorang Syeikh Arab (yang aku tak ingat nama dia apa…huhu).

Doa Hilangkan Migrain @ Sakit Kepala

Amalannya ialah, sila baca 4 ayat terakhir surah al-Hasyr (ayat 21, 22, 23 dan 24)  setiap kali sebelum tidur. Semasa membaca ayat-ayat ini, tangan hendaklah diusap-usapkan pada bahagian kepala. Dan niatkan dalam hati, dengan keberkatan ayat-ayat Quran ini, Allah akanmenghilangkan sakit kepala @ migrain.
fadhilat ayat terakhir surah al-hasyr
Menurut Syeikh Arab tu, ada banyak lagi kelebihan atau fadhilat ayat terakhir surah al-Hasyr ni. Tapi antara yang paling berkesan dan mujarab  ialah untukmenghilangkan sakit kepala atau migrain. Amalan ni memang diketahui dan terkenal di Madinah.
Syeikh Arab tu kata, ada hadith Nabi SAW yang membuktikan bahawa ayat-ayat terakhir surah al-Hasyr ni memang istimewa. Seperti dalam sabda Nabi SAW yang bermaksud ;
“Sesiapa yang membaca ‘auzubilla  hissami’ul alim minas syaitanirrajim’ 3 kali, diikuti membaca tiga ayat yang terakhir daripada surah al-Hasyr, nescaya Allah akan menghantar kepadanya 70,000 malaikatkhusus untuk berselawat (berdoa) kepadanya hingga pagi. Jika dia mati pada hari itu, maka dia mati syahid”. (Hadith Nabi)
Bayangkanlah, ada 70 ribu Malaikat yang dihantar khusus oleh Allah untuk berdoa kepada kita, kalau amalkan membaca ayat terakhir surah al-Hasyr ini. Subhanallah.
Jadi, kepada korang yang selalu sakit-sakit kepala atau migrain tu, sila lah amalkan membaca 
doa pengasih
 ayat terakhir surah al-Hasyr ni sebelum korang tidur (caranya seperti yang diterangkan diatas).
Aku doakan semoga sakit kepala @ migrain korang akan hilang. Aamiiin.

Sumber = pakarhowto.com

Tuesday 7 February 2012

5 Tips Berkesan Mengendalikan Konflik Rumahtangga


Dalam melayari bahtera alam rumahtangga, setiap pasangan suami-isteri itu tidak akan lari dari dugaan dan konflik yang saban hari melanda. Itulah realitinya.
Memang pada hakikatnya, istilah happily ever after memang tidak wujud sebenarnya dalam dunia perkahwinan sebenar.
Akan tetapi, ini tidak bermakna setiap pasangan suami-isteri seperti anda harus berasa takut atau mudah menyerah kepada takdir semata-mata dalam mengharungi sebarang konflik. Anda perlu bijak dalam menangani isu rumahtangga secera tenang dan berhemah.
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan bersama anda 5 tips bagaimana anda boleh mengendalikan sesuatu konflik dalam rumahtangga anda secara berkesan.
TIPS 1
  • Tetapkan satu matlamat dalam hati anda bahawa anda akan mampu juga akhirnya selesaikan dan tamatkan konflik yang melanda. Bukankah dalam Islam ada mengajar kita bahawa segalanya bermula dengan niat?
  • Niat yang baik akan mendatangkan kebaikkan kepada hidup anda.
  • Tetapkan matlamat spesifik yang merangkumi bagaimana pendekatan yang ingin anda ambil, bila anda ingin konflik tersebut selesai dan apakah perkara yang anda bersedia untuk anda bertolak ansur.
TIPS 2
  • Lakukan muhasabah diri dan fahami apakah yang menyebabkan konflik tersebut terjadi. Apa yang membuatkan anda berasa tertekan. Dari situ, anda hanya perlu fokuskan untuk selesaikan punca tersebut dan akhirnya segala masalah konflik akan mampu ditamatkan.TIPS 3
  • Jika anda sedang bertutur dengan pasangan anda, pastikan anda dengar terlebih dahulu apakah yang ingin disampaikan oleh pasangan anda. Bukan anda yang ‘menyerang’ pasangan anda. Setelah dia habis berbicara, barulah anda berfikir secara rasional bagaimana anda ingin memberi tindak-balas (feedback) kepada situasi tersebut.
TIPS 4
  • Sebelum anda mengambil sebarang tindakan atau keputusan, pastikan keputusan atau tindakan tersebut tidak meninggalkan kesan buruk untuk jangka masa panjang anda berdua. Segala keputusan haruslah berdasarkan kepada kebaikan bersama anda, pasangan anda dan anak-anak anda.
TIPS 5
  • Tips yang terakhir ialah ketika anda sedang dilanda konflik rumahtangga, banyakkan solat dan berdoa kepada Allah SWT bagi memohon petunjuk serta ketenangan hati agar segala ujian mampu anda laluinya dengan penuh sabar. Mohon banyak-banyak kepada Allah agar diberi petunjuk jalan penyelesaian bagi menamatkan konflik tersebut.
Untuk mengetahui lebih banyak lagi tips dalam mengendalikan hubungan rumahtangga, anda boleh lah mendapatkan ebook “99 Punca Perceraian”.
Saya sudahpun memilikinya dan sangat rekemen ebook ini kepada anda. ;)

Wajah Berminyak - Muka Berminyak - 5 Cara Cepat Atasi Wajah Berminyak


Adapun cara merawat wajah berminyak dan berjerawat ini dapat kamu lakukan dengan 5 langkah tips merawat kulit wajah berminyak seperti yang akan dipaparkan berikut dibawah ini:

    1. Pagi hari cukup menggunakan facial wash yang berfungsi untuk mengurangi kadar minyak pada wajah.

       2. Gunakan bedak tabur untuk menyerap minyak pada wajah.

       3. Gunakan pelembab lotion untuk menjaga kelembapan kulit.

       4. Gunakan pembersih dan penyegar sari lemon khusus untuk kulit berminyak.

    5. Peeling wajah dengan lulur wangi atau facial scrub yang berfungsi untuk membersihkan subtans lemak disaluran minyak kulit yang disebabkan oleh debu, kotoran dan sisa make-up.


Berkeringat, meski rasanya tidak nyaman, tetapi memberi banyak manfaat. Keringat berfungsi mendinginkan dan mendetoks tubuh, sekaligus membersihkan pori-pori dari kotoran, sel-sel kulit mati, dan minyak yang berlebih. Anda hanya perlu rajin mengelap keringat dengan handuk; jika tidak, racun-racun akan menetap di wajah dan menyebabkan pori-pori tersumbat dan berjerawat.

Sayangnya, ketika kita berkeringat akibat cuaca yang panas, wajah kita bisa terlihat berminyak dan make-up jadi luntur. Agar kita tidak repot bolak-balik ke toilet untuk touch-up, coba ubah kebiasaan Anda dalam merawat wajah.

1. Jangan mencuci muka terlalu sering
Saat cuaca begitu panas, pasti Anda merasa ingin sering-sering mengguyur wajah dengan air dingin. Namun busa dan air yang berlebihan ternyata dapat mengikis kelembaban kulit dan menyebabkan kelenjar sebaceous (yang mengeluarkan substansi berminyak yang disebut sebum) bekerja keras untuk melembabkan kulit. Hal ini justru mengakibatkan efek rebound, berupa kulit yang lebih berminyak.

Tetaplah mencuci muka dua kali sehari, sedangkan untuk touch-up pada siang hari lebih baik gunakan toner yang lebih ringan atau tisu wajah dengan pelembab. Anda sangat tidak disarankan untuk produk antijerawat yang sangat intens. "Sebaiknya jangan menggunakan produk yang ditujukan untuk jerawat remaja," kata Howard Murad, MD, seorang ahli dermatologi.

Produk-produk ini menyasar jerawat yang muncul akibat hormon, yang kondisinya sangat berbeda dengan jerawat pada perempuan usia 20-40an. Gunakan produk yang mengandung antiperadangan dan antiinfeksi.

2. Pilih pelembab yang lebih ringan
Produk impor seperti krim wajah untuk udara dingin tidak cocok untuk kulit kita. Meskipun formula antipenuaan yang lebih bergizi akan bekerja efektif saat digunakan malam hari (bisa meningkatkan regenerasi sel kulit dan produksi kolagen yang terjadi secara alami ketika kita tidur), namun losion untuk pagi hari seharusnya lebih ringan. Makeup artist Angela Levin menyarankan Anda untuk menempelkan tisu di permukaan wajah setelah Anda mengaplikasikan pelembab pada pagi hari. Tujuannya agar kelebihan pelembab bisa diangkat dari kulit wajah.

3. Gunakan foundation primer
Jika Anda melabur tembok rumah sebelum mengecatnya, maka begitulah Anda mengaplikasikan primer sebelum memulas foundation. Hal ini dilakukan agar kulit lebih lembut dan tidak mengilap. Produk primer yang ideal seharusnya bebas minyak dan mampu menyerap minyak berlebih pada wajah, sekaligus menutrisi kulit dan tidak menyebabkan kering.

4. Aplikasikan make-up yang tepat
Seperti juga saat memilih primer, memilih formula yang bebas minyak namun antikering juga merupakan kunci saat memilih alas bedak yang baik. Anda yang berkulit berminyak bisa memilih produk yang mengandung penyerap minyak dan bahan conditioning. Pemilik jenis kulit kombinasi dan sensitif, bisa menggunakan produk oil-free yang mengandung SPF 20. Untuk rias mata yang bebas keringat, pilih eye shadow dan eyeliner yang tahan air.

5. Kertas minyak
Cara instan untuk melakukan touch-up di sela-sela kesibukan Anda adalah mengelap wajah dengan kertas minyak. Simpanlah selalu produk kertas minyak di dalam tas Anda. Saat ini juga sudah ada kertas minyak yang mengandung bedak ringan, sehingga wajah Anda langsung segar dalam sekejap.

Thursday 2 February 2012

TIPS : PENJAGAAN LAPTOP / NOTEBOOK



[ TIPS ] Penjagaan laptop / notebook:

1. Elak guna laptop sekiranya rumah anda grounding tidak baik semasa guruh kilat. Boleh menyebabkan litar pintas dan kerosakan pd komponen PSU (power supply unit) dan wired network card bahkan keseluruhan board dan komponen dalaman.

2. Elak selalu format hard-disk secara low-level, mahupun full format, akan memendekkan jangka hayat hard disk. Guna quick format sebaiknya. 

3. Elak guna bateri semasa bekalan elektrik dari plug tersedia. Namun, kebanyakkan notebook pada masa kini adalah auto disconnected sekiranya bekalan elektrik dari plug disambung.

4. Elak dari menutup ruang udara di bawah laptop. Boleh menyebabkan kepanasan pada komponen laptop yang menyumbang kepada masalah stabiliti (laptop terpadam sendiri dan sebagainya.)

5. Elak menggunakan laptop pada tempat yang tertutup dan panas.

6. Elak menggunakan plug cable yang berkongsi dengan peralatan elektrik yang menggunakan tenaga elektrik tinggi, seperti peti ais, heater air, seterika dan sebagainya. Boleh memendekkan jangka hayat peralatan disebabkan arus elektrik yang tidak sekata.

7. Gunakan kipas penyejuk tambahan bagi ruangan di bawah laptop sekiranya mampu. Ia sangat membantu pengaliran udara diruangan bawah laptop yg sangat terkesan dengan haba.

8. Hantar untuk servis bagi membuang habuk yang terlekat di celahan heat sink processor dalam skala setahun sekali. Vacuum tidak mampu membuang habuk sepenuhnya. Membuka casing laptop memerlukan ketelitian dan pengetahuan, jadi anda tidak digalakan untuk mencuba sendiri.

9. Guna pembersih yang tidak menghakis untuk mencuci sebarang peralatan laptop. Gunakan kapas bagi membersihkan skrin LCD dengan pembersih skrin.

10. Guna berus cat yang masih belum digunakan dan masih lembut untuk membuang habuk di persekitaran skrin dan keyboard. Buang habuk yang melekat terutamanya di kipas process dan motherboard dengan memberus keluar perlahan2.

11. Pastikan laptop diceraikan dari bateri semasa dimasukkan kedalam beg. Mengelak dari kesan jangkamasa panjang hayat bateri dan mengelak kecurian. 

12. Periksa kebocoran arus elektrik dengan menggunakan test-pen (boleh dibeli di mana2 kedai elektrik dan elektronik) dengan menyentuh test-pen pada casing / peralatan laptop. Sekiranya lampu test-pen bernyala, kebocoran elektrik wujud. Boleh mengakibatkan kerosakan komponent terutamanya laptop monitor dan motherboard. Periksa soket plug atau tukarkan soket baru. Jika menggunakan extension plug, gantikan dengan yang baru.

13. Beli / ganti peralatan komputer yang berkualiti. Barangan yang berkualiti adalah lebih tahan lama dan lebih efisyen. Kebiasaanya barangan berjenama dan berqualiti adalah mahal sedikit namun berbaloi untuk jangka masa yg lebih lama.

14. Elak meninggalkan laptop di dalam kenderaan terlalu lama di kawasan yang panas.

15. Elak menggunakan wired network semasa kilat, terutama sekiranya tiada lightning protection bagi talian telefon dan elektrik. Bole menyebabkan kerosakan pada modem dan network card.

16. Elak menyerahkan laptop anda untuk dibaiki tanpa sebarang rekod salinan peralatan dan spesifikasi laptop anda yang sedia ada. Kecurian dari segi komponent mudah terjadi. Merugikan anda sekiranya berlaku tanpa anda ketahui.

17. Guna kesington key bagi mengunci laptop di meja. Mengelak dari kecurian ketika anda tiada bersama laptop.

18. Elak menyentuh skrin LCD dengan menggunakan jari atau peralatan tajam. Boleh mengakibatkan kerosakkan (death) pixel pada skrin.

19. Jangan mematikan (shutdown) laptop dengan terus mematikan switch plug atau dengan menekan butang on / off pd computer selama beberapa saat. Boleh mengakibatkan kehilangan / corrupted / bad sector pada hard disk / file. Juga memendekkan jangka hayat hard disk.

20. Elak dari menggunakan beg laptop yang nipis dan tidak mempunyai ketahanan. Mengelak dari retakan pada casing laptop atau sebarang kecacatan yang boleh terjadi.

21. Jangan menggunakan terlalu banyak peralatan yang disambung pada port USB sekiranya tidak perlu. Setiap peralatan / hardware menggunakan peratusan tenaga (dalam unit Watt) yang boleh mengakibatkan kekurangan / bekalan power (Watt) tidak mencukupi bagi hardware lain. Mengakibatkan stabiliti terganggu dan sesetengah kes, boleh menyebabkan kepanasan melampau pada port USB yang boleh mengakibatkan kerosakan pada alat (seperti Pendrive)

22. Sekiranya keyboard anda rosak dan tidak mampu untuk menggantikan dengan yang baru, beli soft-keyboard yang boleh digulung dan diperbuat daripada silikon. Mudah untuk digunakan dan amat selesa.

23. Sekiranya monitor anda rosak dan tidak mampu untuk menggantikan LCD baru, jadikan laptop tersebut sebagai PC dengan menyambung ke monitor luaran seperti LCD / CRT / Projektor.

24. Jika laptop berbunyi bising, hantar servis untuk membuang kotoran yang terlekat pada kipas atau heat sink laptop.

25. Jangan sesekali memasukkan DVD / VCD bersaiz kecil kedalam DVD / VCD player yang jenis auto insert and eject (slot-in type). Boleh merosakkan DVD / VCD player anda.

Apa korang buat kalo stress?



Aku tulis entry ni untuk kawan aku..nama dia pocoyo (bukan nama sebenar k hehe).dia ckp dia tension sgt bnyk keje kt opis..normal lah tension..semua org tension. Jgn kata manusia kucing pun tension gak kalau dia lapaq lah.hee.ada org tension sbb stdy..ada org tension sbb tak kawin2 lg..ada org tension sbb perut makin boroi..mcm aku plak aku makin tension sbb paha aku makin besaq hehe..aku mkn bnyk tp badan aku tak besaq cuma paha je hehe.huhu kena jogging ni

Apa korang buat kalo stress? So here what can u do when stress..ckp omputih sikit hehe


1. Menjerit
Ini mesti korang slalu nmpk dlm tv kan
g bukit ke tmpt tinggi ke then jerit mcm org gila hehe
paling senang dlm tandas haha....
Korang g zoo pastu jerit kt sana hehe

2. Nyanyi puas2 atau dgr music
x kira r bilik air ke.bilik tidur ke.kt karaoke ke.
abaikan roomate korang atau jiran korang janji korang hepy..dorang plak tension hehe
Kan aku ckp kucing pun tension gak kihkih

3. Makan!!!
Ada org kata bila stress dia mkn bnyk dpt release tension
aku tak leh mkn bnyk sbb nanti aku makin tension hehe
nanti berat badan naik makin tension..mkn sayur bnyk2 takpa

4. Lepaskan amarahmu itu!!
Yg ni bahaya skit..bile tension je rasa nak marah kan
bende simple pun leh marah
jaga lah hati org sekeliling
salah marah hilang kawan beb
apa kata korang p marah meja ke bangku ke..tiang ke..
tp make sure org takde
baby pun tak terlepas dr tension hehe

5. Tidur
Part ni paling best..ramai org kalau tension dorang akn tidoq
termasuk aku kot..
cuba korang tgk kucing bnyk tidoq gak kan hehehe


6. Shopping atau tgk wayang
kaedah ni hati2 sikit..sbb kalau terlebih shopping nanti korang makin tension
ye lah duit abis bnyk plak hehe..tgk wayang pun kena tgk citer yg best
baru leh hilang tension..aku syor citer mr bean hehe
Jgn terkezut kucing pun g shopping hehe

7. Exercise!!
Doktor sakit jiwa pun ckp kalau tension exercise
kenkadang exercise dpt kurangkan rasa tension tu
g lah main badminton ke..boling ke..futsal ke

8. Solat dan doa
Ini lah cara yang paling terbaik antara semuanya..
kenkadang kita tension sbb kita jauh dari tuhan
Dekat kan diri dengan tuhan insyallah tension akan hilang
Wat solat hajat mintak permudahkan


P.S :- Hope pas korang baca entry ni korang dh kurang tension lah ye hehe..ada bnyk g cara tapi aku malas dh nak menaip..tension beb hehe =_=

Wednesday 1 February 2012

Senarai 10 Fobia Yang Paling Pelik Di Dunia



Definasi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: ketakutan yang amat sangat akan sesuatu. Berikut adalah 10 jenis fobia yang jarang tetapi wujud dalam masyarakat di serata dunia. Amat pelik dan mungkin b0d0h bunyinya, namun ia tetap wujud dan berlaku.

Optophobia: Fobia untuk membuka mata
Mungkin fobia yang paling pelik di dunia! Mereka yang memiliki masalah ini, sukar untuk membuka mata sendiri. Tugasan harian adalah mimpi ngeri untuk pengidap Optophobia. Jika anda boleh membaca apa yang kami tulis ini, jangan bimbang, ternyata anda tidak memiliki tersebut, syukur.

Chorophobia: Fobia terhadap tarian
Apa sahaja yang berkaitan tarian termasuk kelab malam, boleh menjadi punca ketakutan kepada mereka yang mempunyai fobia jenis ini.

Geliophobia: Fobia terhadap gelak ketawa
Banyak kajian yang dibuat memperlihatkan ketawa adalah aktiviti yang baik untuk kesihatan. Ia mampu memperbaiki tahap mental dan jantung. Namun, untuk yang menderita Geliophobia, ketawa atau berada sekeliling orang yang sedang ketawa akan menyebabkan mereka mula berasa takut. Risau diketawakan orang menjadi antara punca kepada wujudnya Geliophobia.

Arachibutyrophobia: Takut mentega kacang melekat pada lelangit mulut
Senarai fobia yang pelik tidak akan lengkap jika kita tidak sebut Arachibutyrophobia. Penghidapnya hampir pasti tidak akan makan mentega kacang seumur hidup mereka!

Heliphobia: Takut kepada cahaya matahari
Pastinya satu keadaan yang amat sukr untuk mengelak daripada cahaya matahari sepanjang masa. Satu ia sukar untuk dilakukan, keduanya ia juga tidak elok untuk kesihatan (jika dijauhi sepenuhnya). Bermula dari rasa takut akan bahaya yang wujud pada matahari.

Deipnophobia: Takut akan berbicara atau berbual semasa makan malam
Ini adalah antara contoh fobia yang agak spesifik, takut bercakap waktu makan malam. Pengidapnya akan hanya diam sepanjang waktu makan. Ada bagusnya juga kerana diam ketika makan sebenarnya membantu dalam proses pencernaan yang lebih baik.

Neophobia: Takut kepada benda-benda baru
Ramai orang yang mahu mencuba benda baru dan pengalaman baru. Namun bagi penghidap Neophobia, mereka tidak mahu apa pun yang baru dalam hidup mereka. Penghidapnya akan kehilangan kualiti hidup dan tidak akan berani untuk merasai pengalaman-pengalaman baru dalam hidup. Kajian juga memperlihatkan mereka yang mempunyai masalah Neophobia, akan mempunya jangka hayat yang pendek. Ini terjadi akibat tekanan yang mereka lalui saban hari.

Syngenesphobia: Takut pada keluarga dan saudara mara
Rasanya ramai yang ada masalah camni, cuma ia mungkin melibatkan keluarga sebelah mentua. Semua kita ada rasa malu dan sakit hati dengan anggota keluarga kita pada masa-masa tertentu, namun penghidap Syngenesphobia menghadapai masalah itu secara keterlaluan dan sepanjang masa.

Ablutophobia: Takut untuk mandi dan membersihkan diri
Biasanya kanak-kanak yang malas mandi, namun adakalanya ia melibatkan orang dewasa. Namun harus ingat, Ablutophobia adalah fobia untuk mandi, bukannya malas untuk mandi. Ada banyak beza tu. Yang dekat hostel bau semacam itu kerap kali adalah pemalas, bukannya Ablutophobia.

Geniophobia: Takut kepada dagu
Yup…dagu, bahagian di muka kita itu. Ini mungkin fobia yang paling sengal di dunia ni. Selain itu ada juga fobia lutut (genuphobia), fobia tangan (chirophobia) dan fobia siku (ishicascadiggaphobia). Bagaimanapun, fobia-fobia tubuh badan tertentu ini boleh dirawat melalui terapi.

43 Perkara Untuk Direnung-renungkan


1. Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.

2. Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.
3. Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung.
4. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.
5. Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.
6. Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.
7. Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.
8. Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.
9. Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.
10. Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.
11. Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.
12. Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.
13. Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.
14. Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.
15. Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.
16. Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.
17. Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.
18. Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.
19. Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.
20. Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.
21. Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.
22. Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.
23. Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.
24. Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.
25. Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.
26. Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.
27. Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.
28. Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.
29. Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.
30. Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.
31. Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.
32. Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.
33. Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.
34. Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.
35. Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.
36. Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.
37. Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.
38. Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.
39. Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.
40. Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.
41. Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
42. Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.
43. Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.
Fikir-fikirkan! Renung-renungkan! Dan Selamat Beramal :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...