Dalam melayari bahtera alam rumahtangga, setiap pasangan suami-isteri itu tidak akan lari dari dugaan dan konflik yang saban hari melanda. Itulah realitinya.
Memang pada hakikatnya, istilah happily ever after memang tidak wujud sebenarnya dalam dunia perkahwinan sebenar.
Akan tetapi, ini tidak bermakna setiap pasangan suami-isteri seperti anda harus berasa takut atau mudah menyerah kepada takdir semata-mata dalam mengharungi sebarang konflik. Anda perlu bijak dalam menangani isu rumahtangga secera tenang dan berhemah.
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan bersama anda 5 tips bagaimana anda boleh mengendalikan sesuatu konflik dalam rumahtangga anda secara berkesan.
TIPS 1
- Tetapkan satu matlamat dalam hati anda bahawa anda akan mampu juga akhirnya selesaikan dan tamatkan konflik yang melanda. Bukankah dalam Islam ada mengajar kita bahawa segalanya bermula dengan niat?
- Niat yang baik akan mendatangkan kebaikkan kepada hidup anda.
- Tetapkan matlamat spesifik yang merangkumi bagaimana pendekatan yang ingin anda ambil, bila anda ingin konflik tersebut selesai dan apakah perkara yang anda bersedia untuk anda bertolak ansur.
TIPS 2
- Lakukan muhasabah diri dan fahami apakah yang menyebabkan konflik tersebut terjadi. Apa yang membuatkan anda berasa tertekan. Dari situ, anda hanya perlu fokuskan untuk selesaikan punca tersebut dan akhirnya segala masalah konflik akan mampu ditamatkan.TIPS 3
- Jika anda sedang bertutur dengan pasangan anda, pastikan anda dengar terlebih dahulu apakah yang ingin disampaikan oleh pasangan anda. Bukan anda yang ‘menyerang’ pasangan anda. Setelah dia habis berbicara, barulah anda berfikir secara rasional bagaimana anda ingin memberi tindak-balas (feedback) kepada situasi tersebut.
TIPS 4
- Sebelum anda mengambil sebarang tindakan atau keputusan, pastikan keputusan atau tindakan tersebut tidak meninggalkan kesan buruk untuk jangka masa panjang anda berdua. Segala keputusan haruslah berdasarkan kepada kebaikan bersama anda, pasangan anda dan anak-anak anda.
TIPS 5
- Tips yang terakhir ialah ketika anda sedang dilanda konflik rumahtangga, banyakkan solat dan berdoa kepada Allah SWT bagi memohon petunjuk serta ketenangan hati agar segala ujian mampu anda laluinya dengan penuh sabar. Mohon banyak-banyak kepada Allah agar diberi petunjuk jalan penyelesaian bagi menamatkan konflik tersebut.
Untuk mengetahui lebih banyak lagi tips dalam mengendalikan hubungan rumahtangga, anda boleh lah mendapatkan ebook “99 Punca Perceraian”.
Saya sudahpun memilikinya dan sangat rekemen ebook ini kepada anda.
No comments:
Post a Comment