Sahabat Rasulullah, Abdullah bin Abbas berkata:
Peristiwa baginda Rasulullah S.A.W diangkat ke langit (Peristiwa Isra’ dan Mikraj) sebelum baginda ‘ditauliahkan’ sebagai Rasulullah ada kena mengena dengan persoalan hati. Sebagai bakal pemimpin umat, baginda diisrakkan untuk melalui proses penyucian hati. Pembedahan dada yang dialami Rasulullah adalah suatu penyucian perasaan, akal, wawasan, bisikan hati dan sebagainya, supaya baginda tidak teragak-agak dalam melaksanakan tugasnya sebagai memimpin umat Islam.
Terdapat 2 dimensi hati:
1. Hati Empirikal
Hati yang boleh disentuh dan dirasa. Hati ini merujuk kepada organ yang terletak di sebelah kiri dada yang bentuknya seperti jantung pisang. Di dalamnya ada lubang dan di dalam lubang itu ada darah hitam. Hati ini boleh diubati secara saintifik dan inilah istilah yang biasa dikenali kita semua.
2. Hati yang Hakikat
Hal ini jarang-jarang dikenali oleh manusia. Ia juga tidak boleh diubati secara perubatan biasa. Hati inilah yang mengawal benttuk perbuatan manusia seperti dimaksudkan oleh hadis Rasulullah:
Punca Hati Berkarat
Sebab utama ialah diri tidak mengingati Allah dan kebesaran-Nya.
Sebab lainnya:
1. Memandang atau melakukan maksiat
Pandangan bermula dari mata. Dari mata turun ke hati. Jika mata memandang aurat wanita ajnabi, ia akan jatuh ke hati. Maka, satu bintik hitam akan terbentuk. Apabila berkali-kali maksiat itu dilakukan, maka akan terbentuk banyak bintik hitam sehingga menyelubungi semua hati.
2. Membiarkan sifat mazmumah menguasai diri
Sifat mazmumah adalah sifat yang negatif. Apabila sifat ini bersarang dalam jiwa, perlahan-lahan ia akan merosakkan diri seperti anai-anai yang memakan kayu. Lama-kelamaan, rosaklah hati.
3. Memakan harta haram
Memakan atau mengambil sesuatu yang bukan milik kita (harta haram) akan menggelapkan hati dan menghilangkan keberkatan. Allah mengumpamakan daging yang tumbuh daripada harta haram akan jadi makanan api neraka. Doa tidak dikabulkan Allah dan kehidupan akan menjadi tidak sentosa.
Rasulullah bersabda:
4. Tidak mengeluarkan zakat
Ramai yang kedekut berzakat kerana memikirkan harta yang diperolehi adalah hak miliknya sepenuhnya dan tidak wajar memberikannya kepada orang lain. Hakikatnya, zakat adalah pemberian untuk menyuburkan harta dan mewujudkan rasa syukur dengan kelebihan yang ada dan insaf dengan kekurangan orang lain.
Sebab yang menggelapkan hati
1. Banyak makan dan banyak tidur
2. Banyak bercakap hal yang sia-sia
3. Selalu memandang dan mendengar perbuatan maksiat
4. Tidak pernah atau jarang membaca al-Quran, zikir, selawat dan sebagainya
5. Kurang atau tidak mendengar sejarah dan kisah Rasulullah
6. Kurang atau tidak mengingat kematian
Penawar Hati
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya
3. Bercakap sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya
4. Anugerah umur itu racun, ketaatan itu ubatnya
5. Semua tahun dalam kehidupan itu racun, Ramadhan itu penawarnya.
No comments:
Post a Comment