Sedar atau tidak sebenarnya anda sama sahaja? Jom kita tengok sikit-sikit sifat seorang yang dikatakan ‘gila komputer’ ini..
1. Jika anda merupakan seorang blogger, maka perkara pertama yang anda fikirkan sebaik saja bangun dari tidur ialah ‘Entri apa aku nak update hari ni?’
2. Mungkin ketika ini ada seseorang sedang bercakap dengan anda, tetapi mata anda sentiasa memandang ke arah skrin komputer dan bukan menghala ke muka beliau.
3. Disebabkan terlalu obses dengan komputer, mimpi anda pun berkaitan dengan komputer juga!
4. Sehari tak buka komputer dan tidak dapat melihat pelayar web, anda rasa dunia seperti menindas jiwa raga anda.
5. Setiap hari pasti anda memperolehi ilmu baru kerana anda pasti membuka pelayar web untuk memasuki dunia internet anda, menuju ke Google dan taip, ‘What is bla bla bla’ atau ‘How to bla bla bla’.
6. Sanggup bertekak dengan kawan-kawan tentang pendapat anda mengenai dunia IT.
7. Masuk ke setiap blog dan forum yang berkaitan komputer/internet.
8. Sehari tak makan dan minum tak mengapa, tapi jangan tak buka internet. Gelap dunia terasa.
9. Ketagih dengan tabiat muat turun sehingga penuh cakera keras dengan video dan lagu-lagu. Padahal dalam 100 video tu, mungkin ada satu atau dua sahaja yang betul-betul habis tonton. Yang lain buat pekasam.
10. Makan komputer, minum komputer, main komputer, tidur komputer, mandi pun komputer! Teruk dah ni!
Anda ada tanda-tanda seorang ‘geek’ seperti di atas?
No comments:
Post a Comment