Ok! Nak tahu personaliti korang macam mana? First thing, aku nak korang bandingkan diri korang tu dengan rakan-rakan atau orang-orang yang terdapat di sekeliling korang di tempat kerja atau di dalam kelas atau di dalam masyarakat. Lepas tu, kenal pasti apa yang korang rasa dalam hati mengenai diri korang berbanding dengan orang lain tu. Pilih salah satu.
1. Rasa diri korang tak bagus, tapi rasa orang lain lebih bagus.
2. Rasa orang lain tak bagus, tpi rasa diri korang lebih bagus daripada orang lain.
3. Rasa orang lain memang bagus, dan rasa diri korang pun bagus juga.
Jom kita lihat apa keputusannya.
Jika korang pilih nombor 1 :
Korang memiliki daya kepimpinan yang kurang. Lebih suka bekerja di bawah orang dan ikut cakap orang lain je. Walaupun korang mempunyai niat untuk memimpin, tetapi korang tidak yakin. Tidak sanggup untuk memikul tanggungjawab yang berat. Suka merendah diri.
Jika korang pilih nombor 2 :
Korang mempunyai niat yang sangat kuat untuk memimpin, tetapi gaya kepimpinan yang lemah. Tidak suka menerima pendapat orang lain tetapi mengharapkan orang akan terima pendapat korang je. Bersikap suka membantah dan membangkang. Selalu berharap mempunyai ramai pengikut. Suka memandang rendah kebolehan orang lain.
Jika korang pilih nombor 3 :
Korang memiliki gaya kepimpinan yang terbaik. Korang selalu beranggap bahawa rakan-rakan korang adalah sebagai pesaing dan korang akan bersaing secara sihat dan berusaha menjadikan diri korang yang terbaik. Tidak memandang rendah terhadap kebolehan orang lain.
Sekian.
No comments:
Post a Comment