Followers

Wednesday, 4 January 2012

Istimewanya Wanita..

Wahai lelaki..
Istimewanya wanita kerana dia sebesar kurnian buat diri..
Dijadikan Tuhan bahunya kuat untuk menampung dunia..
Namun cukup lembut hatinya dalam memberikan kenyamanan di jiwa..

Wahai lelaki..
Istimewanya wanita kerana dia punya kekuatan dalaman tersendiri..
Kuatnya dia dek mampu melahirkan zuriat penyejuk mata..
Juga tabahnya hati dalam menerima penolakan yang seringkali datang daripada anak-anaknya..

Wahai lelaki.. 
Istimewanya wanita kerana dia punya kekerasan hati..
Tatkala orang lain mula menyerah..
Sedang dia tetap teguh menanggung penderitaan keluarga tanpa mengeluh..

Wahai lelaki..
Istimewanya wanita kerana dia punya kepekaan nurani..
Sabarnya dia dalam mengasihi anaknya-anaknya..
Walau ketika begitu perit disakiti akan hatinya..

Wahai lelaki..
Istimewanya wanita kerana dia senantiasa setia di sisi..
Saat si suami gagal dalam kehidupan..
Dia menjadi pelengkap tulang rusuk atas segala kekurangan..

Wahai lelaki..
Istimewanya wanita kerana dia dikurniakan kebijaksanaan mata hati..
Mengetahui bahawa suami yang baik takkan pernah sengaja mengguris hati yang pilu..
Namun sekadar menguji ketetapan hatinya di sisi suami tanpa ragu..

Wahai lelaki..
Istimewanya wanita kerana dia dianugerahi air mata suci..
Khusus menjadi peluah perasaan..
Bilamana ia perlu untuk dititiskan... 

Lalu mengertilah wahai lelaki..
Istimewanya wanita bukan kerana kecantikan pakaian di tubuhnya sendiri..
Bukan kerana susuk badan yang ditampilkannya..
Atau bukan bagaimana juga dia menyisir akan rambutnya..

Tapi renunglah jauh ke dalam matanya..
Kerana di situlah pintu hatinya..
Tempat di mana cinta itu ada..
Hadiah teristimewa dari Maha Pencipta...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...