Betul ke tak sama? Aku pun tak tau la. Tapi aku biasa dengar penjelasan ni daripada cikgu-cikgu aku, lecture-lecture aku dan beberapa orang termasuk pakar-pakar motivasi. Jom tengok apa yang beza sangat tu?
1. Lelaki pikapnya lebih cepat berbanding perempuan. Maksudnya lelaki cepat tangkap apa yang diterima.
2. Lelaki suka study last minit. Katanya kalau study awal-awal, nanti lupa. Perempuan pulak kena study awal-awal sebab ada masa untuk mengingat.
3. Kalau lelaki bercakap dengan seseorang, jangan la kita sebagai orang ketiga pun bercakap jugak sebab lelaki hanya boleh dengar seorang je yang bercakap. Tapi bila perempuan ramai-ramai duduk semeja, masing-masing bercakap, dia mampu dengar jugak orang lain bualkan apa walaupun dia tengah bercakap dengan seseorang.
4. Perempuan lebih mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidup berbanding lelaki.
5. Lelaki berfikir menggunakan logik, tetapi perempuan berpikir lebih menggunakan emosi.
6. Lelaki 'simple minded', perempuan berfikiran 'kompleks'.
Betul ke tak, Wallahualam...
No comments:
Post a Comment