Followers

Sunday, 15 January 2012

Pusaran Air Naruto Di Jepun Jadi Tumpuan Ramai


Di Selat Naruto, Hyogo, Jepun, terdapat pusaran air yang berlaku sepanjang pantai Shikoku kerana isi padu besar air bergerak antara Laut Seto dan Lautan Pasifik di antara air pasang serta surut digabungkan dengan geografi unik di dasar laut.
Pusaran air akan berlaku kira-kira setiap enam jam dan biasanya boleh dilihat sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang untuk tempoh satu atau dua jam. Pusaran air berbeza dari segi saiz, bergantung kepada keamatan air pasang-surut dimana ianya lebih cenderung untuk menjadi lebih besar pada musim panas berbanding pada musim sejuk, dan pusaran terbesar kira-kira berdiameter 20m akan terjadi semasa air pasang-surut di musim bunga yang mana pada musim tersebut ianya akan berlaku setiap dua minggu.
Pusaran air Naruto boleh diperhatikan secara dekat menerusi kapal atau dari sisi Jambatan Naruto yang dibina merentasi selat itu yang mempunyai panjang 1629m dengan lebar 876m dan 41m dari paras laut. Ia menjadi salah satu tarikan pelancong apabila melawat Jepun.






#mesti ramai peminat Naruto baca entri ni kan? hehe

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...