Followers

Friday, 6 January 2012

Nikon D4 Dengan 16.2 Megapixel Diperkenalkan Secara Rasmi


Setelah kejayaan D3S sebelum ini, kini pada hari ini, setelah lebih kurang 2 tahun selepas itu, Nikon memperkenalkan Nikon D4 DSLR yang mana membawakan sokongan sehingga 16.2-megapixel, dan juga sokongan ISO yang dipertingkatkan kepada 204,800 (Hi-4). Serta dengan penyertaan pemprosesan gambar Expeed 3, ia kini membolehkan rakaman gambar pada 10 frame sesaat dengan autofokus, atau 11 frame per saat tanpa autofokus.

Selain daripada itu, Nikon D4 turut sama membawakan penyertaan sokongan 91,000 pixel RGB warna 3D Matrix Meter III. Nikon D4 juga turut sama membolehkan rakaman video pada kualiti 1080p pada 30 frame per saat. Video yang dirakamkan juga disimpan dalam bentuk H.264.

Melalui Nikon D4 yang baru ini, ia membawakan bukan sahaja peningkatan pada prestasi dan kepantasan merakamkan gambar, malah turut sama memfokuskan kepada kualiti rakaman, serta sistem AF yang paling terbaru di pasaran.
Buat masa ini, bilakah ianya akan dijual di Malaysia masih lagi tidak diketahui, tetapi untuk pasaran global, dijangka akan mula dijual bermula penghujung Februari 2012 kelak pada harga jualan saranan sekitar RM18,900.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...