Followers

Monday, 23 January 2012

tips bersolek / mekap untuk wanita


baru-baru ni ada sorang kawan perempuan aku meluahkan perasaan kecewanya dengan pembaca-pembaca blog di malaysia ni sebab kurang memberi sambutan terhadap blognya.. dia ada mengatakan "hang takpa la, blog hang menyentuh benda-benda lawak, ramai nak baca.. cuba hang buat tips untuk wanita tengok, mesti lari pembaca-pembaca hang" hahaha.. untuk itu, aku menyahut cabaran rakan aku itu untuk menulis entry tips kepada wanita..

dalam range umur 20an hampir mencecah 30 ni, memang banyak kenduri kawin sanak saudara dan rakan-rakan yang telah aku hadiri.. kadang-kadang aku geram bila tengok mak andam yang tangan tak seni ni mekap si pengantin perempuan.. kah kah kah.. rasa cam nak komen ja "mekap hang buruk weh".. ada banyak benda dan perlu dielakkan ketika bersolek ni.. tips ni adalah mengikut pendapat dan pandangan mata aku sendiri..


perhatikan, biasanya kalau tak mekap, pembayang bawah mata tu membuatkan muka nampak tak bermaya dan nampak comot.. ada setengah perempuan bibir dia original kaler merah, dan ada jugak yang tak (bibir pucat dan nipis).. kat kening tu pulak, biasanya kalau tak solek, memang akan nampak tak seimbang dua-dua belah.. ini perkara biasa.. semua orang pun camni.. kalau anda tak mekap, memang akan nampak macam 'orang biasa'



ini perlu dielakkan.. ada setengah orang tu, kalau kening dia nipis, dia tebalkan melampau-lampau.. perlu diingatkan, part kening ni kalau anda tersalah solek, anda akan kelihatan macam pondan bekas player rugby.. percayalah!! tapi kalau kening anda memang dah tebal, kurangkan sikit kaler hitam pada kening anda tu..



eyeliner ni pun kena jaga.. kalau silap buat pun boleh jadi macam pondan striker argentina.. line belah bawah tu, jangan terlalu tebal.. kalau tak nampak cam budak-budak baru 'nak up' atau lebih mudah jika disebut 'emo' dan 'gothic'.. kah kah kah



cuba perhatikan gambar atas ni.. kalau kening tu tebal, lepas tu pakai lipstik pun salah.. orang pasti akan menyangka bahawa anda sebenarnya ada telur untuk bergaduh dengan shark kl gangster.. part bibir ni, kalau boleh pastikan yang belah atas lebih nipis dari yang bawah.. kalau bibir anda besar belah atas, pastikan anda tak pakai lipstik yang berwarna terang.. konfem buruk!!



gambar ni menunjukkan kening digelapkan sikit sebab kening asal tu nipis.. tapi gelapkan sikit ja.. jangan nak ngada-ngada buat tebal-tebal.. huduh oi!! kat bibir tu pun biar pakai yang berwarna rilek-rilek (lembut) ja.. setakat nak nampakkan garisan bibir tu ja..



haaaa.. kalau anda perasan.. benda ni la yang menampakkan ketara kat wajah seseorang.. artis artis pun banyak pakai benda ni.. ya!! bulu mata palsu ataupun brush yang kasi bulu mata nampak tebal (aku taktau nak panggil apa).. kalau anda tak penah pakai, cubalah.. pasti nampak kelainan..



hehehe.. kalau anak mata anda kecik, anda boleh pakai contact lense yang diameter dia besar sikit dari anak mata anda.. aku pun pernah tertipu dan tergoda dengan mata seorang perempuan yang aku ingatkan original cantik (nampak cam berlinang-linang) padahal contact lense ja..



kalau anda bukan muslimah dan tidak bertudung (ehem2), silalah lepaskan rambut anda.. sebab apa? sebab kalau anda ikat rambut, nampak macam nak pegi jogging takpun nak pegi pasar.. macam 'belemoih' ja.. hahahaha..



kalau anda muslimah, pakai tudung, dah siap!! takyah mekap teruk-teruk sangat.. nanti mesti ramai orang rasa nak pijak muka anda.. kah kah kah.. selamat beramal dan selamat menambat hati suami.. kalau tak kawin lagi, jangan dok gatai sangat nak mekap-mekap.. isk.. pang kang!


p/s : anda tak cantik? semua orang boleh cantik aih!! anda ingat artis-artis tu semua cantik sangat ka? kalau buang mekap, muka kebanyakan cam budak-budak lepak pavilion jugak.. kah kah kah.. ni tips mekap ka tips melukis?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...