Followers

Thursday, 26 January 2012

menangis lagi ~

Assalamualaikum

Hello gadis-gadis yang kena dump sekalian. Whats up? Menangis lagi? Olololo. 

Pada hari yang indah nan mulia ini. along dengan rajin dan baik hatinya ingin menolong kaum-kaum lemah perempuan sekalian memulihkan hati nan luka tersebut. Mana tak nya, along kesian tengok korang asyik kena dump je kan? Dengan itu, along mewakili semua Dumpers di seluruh dunia, memohon maaf andai kata anda semua terasa dan merana di atas pen-dumpian tersebut. Dan lagi-lagi maaf jikalau anda semua di dump even anda semua dah setia gila kat boyfriend(s), husband and skandal(s) anda sekalian. 

Sebenarnya, sebelum ini dah banyak sangat along terima pertanyaan perihal per-dumpian dan Tips Untuk Survive Bila Putus Cinta termasuk Tips Lupakan Boyfriend / Girlfriend / kekasih. Tetapi entah macam mana, baru sekarang along terasa nak buat tips ini. Biasalah, sebagai lelaki sejati, mana bisa tengok gadis bersedih lelama ye tak?

So girls yang wangi sekalian. Apa yang perlu korang buat bila dah kena dump oleh seseorang yang korang gila-gila sayang?

Cry.
First thing first, CRY. If you really love him and you cant forget him and you really want to cry then cry. Cry out loud. Get yourself a room, bathtub and whatsoever and cry. Cry memang tak boleh selesaikan masalah. Korang menangis macam mana sekali pun, boyfriend korang tetap in love dengan gadis lentik di tempat kerja dia. Korang nangis keluar air mata darah macam mana sekali pun, suami korang tetap bermanja-manja dengan janda anak lapan di kampung sebelah. So yes, menangis tak boleh selesaikan masalah TETAPI, memangis boleh membuatkan korang sedikit lega.

Why the hell in earth menangis boleh buat korang berasa lega? Well, if I not mistaken, kandungan dalam air mata adalah Manganese which is satu bahan yang boleh kasi efek kat kita punya mood. Which is, akan meningkatkan ketenangan dalam diri kita. Sebab tu lah menangis tu bagus tau.    


Cakap pasal menangis, aku ada sedikit tips untuk korang yang kekurangan kasih sayang lelaki ni. Ya, tips dia adalah perihal menarik lelaki handsome untuk terpikat kat korang. Macam mana? Senang je which is menangis di public. For example, korang cari la pelusuk or penjuru di dalam semua mall, then korang menangis lah comel-comel kat situ. Aku bet, nanti sure akan ada jejaka yang gentleman yang datang sambil menguhulurkan sapu tangan sambil bertanya "Awak perlukan bahu untuk lean on?".  Tapi kalau tak ada juga lelaki yang hulur sapu tangan kat korang, then tu maksudnya korang tak cukup comel dan tak cukup cantik lah. Oh oh, lupa nak bagi tahu. Ni tips untuk gadis cantik dan comel sahaja. Hihi.

Delete all of social networks and contacts.
Yaaa. Dunia dah maju. Siapa lagi yang tak ada account social network ye? Eh ada lagi ke makhluk yang tak ada social networks? Ada? Bullshit. And, aku bet yang kat social network tu sure banyak gila kenagan manis zaman cinta korang tengah mekar dulu kan? Yesss, di Facebook misalnya, sure korang pernah bermanja-manja kan? Share itu, share ini. Then bila ada stalker pandang, buat-buat like dan sebagainya. After all sure akan rasa suwit kan? Lagi-lagi sweet bila setiap hari, si ex asyik kasi quote ayat-ayat manis dan lagu jiwang kat wall Facebook korang. Somehow korang mesti akan rasa cair dengan kenangan ni kan?

But don't! Don't cair! You want to forget him, then you need to be strong, girl. And a strong girl akan boleh block Facebook dan delete nombor orang yang dia sayang. And korang mesti tertanya-tanya

"Apasal pulak nak kena delete and block Facebook, Twitter dan nombor phone dia?"

Well, the answer for this stupid question is easy which is, you still in love with him but he is not. Which is you bertepuk sebelah tangan which is not good. Which is why not good? Which is because you gonna be a stalker. Which is you gonna stalk him. Which is you gonna stalk his Facebook and when you find out yang dia tengah bermanja-manja dengan kawan baik korang, korang akan rasa seperti belakang badan korang ditusuk dengan benda tajam. Dan korang tahu kan penghujung cerita ni? Yeah, korang akan menangis again di dalam mall dan tak akan ada jejaka gentleman datang untuk hulur sapu tangan sebab korang tak cukup comel. 


Motivasikan diri korang untuk move on. - Don't cry depan dia.
This tips adalah about to make you forget him. Bukan dapatkan dia balik dengan simpaty yang membuatkan korang nampak macam hopeless pathetic girl. So, bila korang dah kena dump tu, korang nak merayu-rayu lagi buat apa. Dah orang tak suka, nak buat macam mana.


So, andai kata dah 5 bulan that boy tinggalkan korang, korang jangan la buat muka sedih dan mengharap simpati bila korang berjumpa dengan dia semula. Buat seolah-olah dia tak penting bagi korang. Contohnya, ex korang adalah budak sama kelas dengan korang semasa sekolah menangah. And then, dia akan datang masa reunion pada minggu hadapan. Tapi korang takut untuk pergi sebab korang tahu korang still sayangkan dia. Korang takut yang korang akan menangis bila korang nampak dia. But don't! Cari la mana-mana lelaki yang tough, handsome dan ada kereta untuk dipergunakan. Ajak dia pergi ke reunion and tunjukkan yang korang happy tanpa ex korang.

Tapi kan, aku ada satu taktik jahat khas untuk kaum perempuan. Andaikata la reunion tu dibuat kat shopping mall or tempat-tempat public dan ex korang yang dump korang tu ada kat situ, korang boleh laju-laju pergi kat dia dan sepak celah kangkang dia. Jangan risau, bila seorang perempuan tampar or pukul lelaki di khalayak ramai sambil buat muka sedih, sure orang sekeliling akan anggap yang si lelaki tu dah curang. Thus, korang boleh walk away dengan tersenyum riang. Nice kan? Nice kan? Yaa, I know I'm good.

Buang semua barang-barang dia yang boleh mendatangkan kenangan.
Burn baby burnnnn. Come on, dia dah dump kau. Kau nak simpan barang dia buat apa lagi? Dia ada bagi kau emas dan permata? Jual and then hasil jualan tu korang boleh buat bershopping. Dia pernah bagi baju kat korang? Koyak-koyakkan dan buat tempat alas kaki serta kain buruk. Dia pernah bagi korang bebear? Print out gambar ex korang besar-besar dan tampal gambar tu kat atas muka bebear tu dan jadikan bear tu sebagai punching bag. See? Life is easy. Don't make it complex.

Kalau korang betul-betul nak lupakan si dia dan move on, then korang patut buang semua barang dia. Buang semua kenangan manis kau dan aku bersama si dia. Buang semua. Jangan tinggalkan satu pun. Sebab benda-benda yang diberi oleh ex ni somehow sure akan mengingatkan korang kat dia dan kat kenangan korang. Bila korang ingat kat kenangan korang, surely lah korang susah nak move on.

Don't fall in love with good memories. Fall in love for the better future. 

Don’t be lonely - Enjoy your damn life.
Buat benda-benda yang korang tak boleh buat semasa bersama dengan ex korang. Tonton cerita korea misalnya. Yeah, always distract your mind. Dont let your mind think about him. This world is fun. Ianya dipenuhi dengan benda-benda lara dan yang melalaikan. So, go for it. Shopping mall is everywhere. Gay clubs too.

You know girls, you should lepak-lepak kat gay clubs kat Malaysia ni. Aku ada seorang kawan lelaki ni. Dia belajar kat UniKL Micet kalau tak silap aku. Nama dia Sinclair Wong (Bukan nama sebenar). Dia ni suka gila lepak kat Gay Club. Bagi dia, Gay Clubs adalah rumah pertama dia. Rumah kedua dia adalah di Kedah. Dia bagi tahu aku yang masa dia lepak-lepak kat Gay Club, dia jumpa banyak perempuan tulen. Perempuan perempuan tu kata, lepak kat gay club ni bagus sebab sure tak akan ada lelaki yang nak tackle dan kacau perempuan. Dan yang bestnya, perempuan ni rasa safe je bila lepak-lepak dengan gay. Dengan kata lain, kalau ada lelaki tegur perempuan kat Gay Club, itu maksudnya lelaki tu nak berkawan dengan perempuan tu tanpa sebarang agenda. Nice kan? Ingat senang ke nak cari lelaki yang nak berkawan rapat dengan korang tanpa ada romantic feeling? Susah beb. 

Play Dota.
Korang tahu tak apa yang lelaki akan buat bila putus cinta? Ya, play Dota. Nuff said.
You are single, then go mingle.
Kalau dulu, korang asyik ber YM dengan pakwe korang je. Pagi petang siang malam, mesti YM. Kalau tak YM, Skype. Kalau tak Skype, BBM. Kalau tak BBM, main webcam sambil londehkan baju. Tapi itu dulu. Itu dengan pak we korang kan? Alaaa, aku tau lah. Korang kan perempuan. Mesti suka suruh boyfriend korang londehkan baju nak tengok six packs kan kan kan? Tapi sekarang ni pakwe korang dah dump korang. Dia dah tak sayang korang dah. Dia tengok muka korang pun dah naik menyampah. So, there is no reason untuk korang main webcam sambil main londeh-londeh baju dah kan?

But, ianya adalah satu good reason untuk korang luaskan social circle korang. Get known. Join aktiviti kerakyatan. Buat tweetup ke, Facebook gathering ke apa ke. Flirt dengan jejaka sixpacks ke. Buat je apa-apa aktiviti sosial yang korang tak boleh buat masa tengah in relationship dulu. Be a creazy girl. Buat girls out and buat benda-benda gila serta tak masuk akal. Mana la tau kot-kot masa korang tengah buat aktiviti gila tu, ada bekas Imam Muda or Ustaz Don nampak korang and dia rasa korang perlukan pembimbing ke jalan yang benar. And then, siapa lagi yang nak mimbing korang kalau bukan dia ye tak. Tup-tup dia datang rumah korang nak meminang korang. Kan happy ending tu?  


Well, even korang setia macam mana sekali pun, lelaki mungkin akan dump korang semua. Biasalah, lelaki kan kaum penyayang. Kasih sayang dieorang terlampau banyak untuk dicurahkan kepada seorang gadis. Je.

And, don't hate boys please. Dont make it as "Semua lelaki sama je" sebab korang tak jumpa lagi dengan semua lelaki lebih-lebih saya , baik, setia dan berasal dari negeri sembilan ni. Well, aku dengar, orang negeri sembilan semua setia-setia orangnya. 

Hope aku boleh apply semua benda ni kalau aku kena dump. *Nangis*  

1 comment:

  1. dan bila esok,, bila kite bertemu kembali,, masihkah ada ruang di dalam hatimu..untuk cinta yang pernah kita miliki.. untuk selama-lamanya.. (ngah dgr lgu sofaza ni mse bc ni)hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...