Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana
menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi
korang tahu tak sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri
dan ibu cepat nampak tidak menarik?
1. Jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga
benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus
mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ini, terpaksa makan
laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya
yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat-buat tak
dengar anaknya menangis. Jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan
tak sempat nak hadam betul-betul.
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka
membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah
yang akan menghabiskannya pula. Sayang katanya… takut membazir. Membazir
itukan amalan syaitan. Si suami pula dengan riaknya mengatakan “kau ni
kuat betul makan!”
3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan
tidur mati terus. Kalau yang dengar pun buat-buat tidur lena sebab malas
nak bangun, malas nak ganggu tidurnya. Wanitalah yang dalam semalam,
berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak
cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut
pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker… takkan nak
hilangnya. Petua untuk mencantikkan ada dua yang penting, minum air
banyak dan TIDUR SECUKUPNYA.
4. Dan bagi wanita yang bekerjaya, sudahlah penat bekerja untuk
membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah
yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapaknya… nak
itu, nak ini.. Jadi, wanita pun membebel, marah-marah… dan bila
marah-marah, banyak leter, cepatlah jadi tua..
Kesimpulannya…wanita cepat tua dan cepat gemuk adalah disebabkan
LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala
pengorbanan isteri korang. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri korang
tiada, dan korang perlu memikul tanggungjawab dia sementara, korang
mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..
No comments:
Post a Comment