Assalammualaikum....
aku jumpa benda ni kt fb...
pada aku 70% tepat jek...
pape pun,jom layan...
aku yang no.2
tgk date bfday msing2
Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu
dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin
mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari,
berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda
akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang
matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan
anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan
anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah
professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang
yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang
bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.
no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda
berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka
bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi
and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang
sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan
keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and
mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda
seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh
mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua
kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab
dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat
agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai
masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda
sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi
anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda
perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati
orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan
hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya
anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan.
Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa
harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda
adalah no.6, 9.
no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan
menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang
yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam
penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan
yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati
dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan
anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan
selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat
mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu
perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani
perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang
humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli
keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan
bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda
suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang
pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui
pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa
perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat
pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius,
baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai
paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang
pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan
anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati,
peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal
anda adalah no.1, 3, 9.
no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang
yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam
bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah
sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan
pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat
tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri
sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini.
Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan
ideal anda adalah no.2.
no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang
memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda.
Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini
telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan
keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan
kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan
berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda
juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat
bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental.
Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang
yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh
menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia
yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila
usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan
hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan
kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model
teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6
No comments:
Post a Comment