Followers

Thursday, 15 December 2011

Tabiat Muslimin Bila Solat Jumaat

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Tolak tepi cite pasal Bukan-bukan sat, kali ni aku nak story sikit tabiat atau perangai org-org Islam, khasnya meleis bila solat Jumaat atau Aidilfitri/Aidiladha.


1) Double Triple Quadruple Park

Aku faham korang terlambat, sampai je masjid takde parking, so korang terpaksa double park dan sekaligus terpakse mem-block-ing kenderaan lain. It's fine... until, lepas imam dah habis doa, orang dah blah dari masjid, kwsn parking dah lengang, yet korang tak keluar-keluar lagi. Apahal??

Kalau dah tau blok kereta org lain tu, keluar la awal. Kalau tanak blah awal pun, standby kat kereta korang tu, then bila dah jumpa parking space yg kosong, parking la situ elok-elok. Tak guna kalau korang duk beribadat sungguh-sungguh dlm masjid tu mengharapkan keredhaan Allah, tapi kat tmpt parking tu org menyumpah-nyumpah sbb kereta kau blok kereta diorang. Ada paham brader?


2) Bermuka Buku Semasa Khutbah

Khatib tgh berkhutbah kat mimbar bg peringatan, boleh pulak korang layan fesbuk/twitter kat henfon/IPAD korang eh, siap gelak-gelak lagi. Sungguh BIADAP hokey! Tak boleh ke lupakan duniawi tu sekejap? Bukan lama pun, 30 minit - sejam jek. Kalau tanak layan khutbah tu pun, duduk tidur diam-diam sudah.


3) Bersembang-sembang Semasa Khutbah

Ini pun sama gak biadap mcm golongan kat atas.


4) Sampai lambat tapi nak jugak saf depan

Kalau dah sampai lambat tu, takyah la nak tolak bergasak nak saf depan. Kasi la peluang kat org yg memang dah dalam dewan masjid tu. Ini tak, time Iqamah je, dia dah kelam kabut masuk dewan masjid, habis semua org ditolaknya, nak dapat pahala saf depan punya pasal. Nak saf depan? Datang awal hokey?


5) Pagoda + Kain Pelikat

Hari Jumaat kan, pergi kerja segak bergaya dgn baju melayu lengkap dgn sampin songkok capal pe semua. Tapi time solat je, dibukaknya baju tu, tinggal pagoda dan kain pelikat je. Songkok pun entah ke mana. Tapi lepas solat pandai pulak pakai balik semua tu nak tunjuk segak depan ofismate. Kan lg cantik molek kalau stay berpakaian begitu time solat.
Panas? Ah, panas dari jam 8-12, 2-5 boleh plak?


6) Saf rapat ke tepi

Seriously sape ajar rapatkan saf ke tepi ni? Habis kalau surau/masjid tu takde dinding, kau nak rapat ke tepi sampai mana?


7) Tak jaga saf

satu lg isu psl saf, bila ada space kat sebelah kiri/kanan, bukan nak kasi org masuk, dikangkangnya kaki tu luas-luas sampai bertemu dgn kaki ma'mum sebelah kiri kanan. Dey meleis, dlm merapatkan saf, yg sebetulnya ialah bahu bertemu bahu, bukan kaki bertemu kaki.


8) Nak mikrofon ke bang?

Baca bacaan dlm solat punya la kuat mcm imam, sampai ganggu ma'mum lain.


9) Buat saf sendiri

Dah la lambat, sukati dia jek bentang sejadah kat 1 port tu, pastu solat tanpa rasa bersalah. Padahal saf tu tak bersambung langsung dgn saf-saf lain yg sedia ada.


So korang, jgn la jadik mcm golongan yg dibebelkan dlm artikel ni ye ;)

Ejad Fotopoyo
http://ejadfotopoyo.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...