Untuk seseorang wanita memilih lelaki yang bersesuaian dengan mereka
adalah merupakan satu proses yang sukar. Ia amat berbeza dengan
pemilihan lelaki yang lebih mengutamakan kecantikan fizikal. Faktor ini
lebih merumitkan jika ianya melibatkan mengenai soal pemilihan pasangan
hidup. Jadi, apakah tanda anda sebagai wanita sudah berjumpa dengan
lelaki yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup?
(1) Adakah anda berdua berkongsi kepercayaan yang sama?
Nilai sesuatu hubungan adalah mengenai bagaimana anda berkongsi saat
masa bersama. Walaupun anda mungkin tidak bersetuju dengan semua
perkara, apa yang lebih penting adalah mengenai teras kepercayaan anda
dalam hubungan.
(2) Bagaimana mereka mengawal pergaduhan
Adalah mustahil sekiranya anda menyatakan bahawa tidak pernah berselisih
faham bersama pasangan lelaki. Soal pergaduhan bukanlah masalah utama,
apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana lelaki tersebut mengawal
pergaduhan. Adakah anda berpuas hati?
(3) Bagaimana mereka melayan orang lain
Manusia tidak hidup dalam keadaan sendirian, masing-masing ada komuniti
yang tersendiri. Bagitu juga anda, selain pasangan, pasti ada orang lain
yang lebih penting. Adakah anda menggemari cara pasangan anda melayan
orang yang turut penting dalam kehidupan anda?
(4) Bagaiman mereka melayan anda dihadapan orang lain
Sekiranya anda dapat merasakan suatu keistimewaan walaupun dalam masa
yang sama mereka perlu turut melayan orang lain, ia menunjukkan bahawa
anda adalah orang penting dalam kehidupan mereka.
(5) Adakah mereka memahami anda
Bagaimana mereka mendengar pendapat atau luahan isi hati anda walaupun
mereka sendiri tidak menyetujui dengan apa yang anda luahkan?
(6) Adakah mereka seorang yang bertanggungjawab
Sekiranya mereka hanya memberikan beban kepada anda, ia bermakna mereka
bukanlah lelaki yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.
No comments:
Post a Comment