Followers

Friday, 16 December 2011

Facebook Timeline - Kebaikan dan Keburukan



Apa itu Facebook Timeline?

Sebenarnya Facebook Timeline lebih kepada
kronologi hidup seseorang. Segala 'timeline' seseorang itu akan didedahkan sejak dia mula join Facebook sehingga la sekarang. Semuanya akan dipaparkan segala terperinci seperti 'in relationship' dengan siapa, post gambar sebelum ni.. dan segala-segalanya.

Bila akan diaktifkan?
Mark Zuckerberg telah pun mengumumkan tarikh 22 Disember 2011, semua profile akan diubah secara automatik ke FB timeline.

Kebaikan dan Kelebihan
Kita akan lebih mudah untuk mengakseskan segala macam perkara sejak kita mula berfacebook. Dan yang ramai menyukainya kerana boleh mengubah 'cover' dalam pelbagai design. Tetapi lain pulak bagi mereka yang melakukan bisnes internet, Facebook Timeline ini akan lebih memudahkan untuk memaparkan segala macam produk yang diiklankan. ;-)



Keburukan
Lagi kita nampak masa lampau, lagi bertambah la kontroversi. Lebih-lebih lagi untuk golongan artis dan mereka yang pernah melakukan 'hubungan' dengan orang lain. Segalanya akan kantoi pada 22 Disember 2011 ini!. Lebih sedih lagi untuk mereka yang sudah berubah, akhirnya 'down' apabila ramai 'friends' yang lihat dan mengutuk mereka.

Apa yang patut dilakukan..?
Segeralah bertindak, sila pergi ke SINI dan ubah settings pada bahagian privacy untuk anda mengubah dan mengedit apa yang tidak perlu dipaparkan. Ini akan menjamin keselamatan kita dan orang lain.

Perbincangan
Sebelum berakhir, ramai yang memberi feedback antara suka dan tak. Kalo anda camne pulak? Cuba anda tengok myspace, dia ubah segala macam perkara dan akhirnya .. lingkup. Mungkinkah perkara sama ini akan berlaku pada Facebook 22 Disember ini? Atau selepas ni, ramai yang berniat untuk berhijrah ke google plus setelah kecewa dengan Facebook Timeline?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...