Followers

Monday, 19 December 2011

apa nak jadi dengan kau ni along ..

Apa nak jadi dengan kau ni
Along?
Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh!
Kenapa kau degil sangat ni? Tak              
boleh ke kau buat sesuatu yang
baik, yang tak menyusahkan
aku?”,
marah ibu. Along hanya
membungkam. Tidak menjawab
sepatah apapun. “Kau tu dah
besar
Along. Masuk kali ni dah dua kali
kau ulang ambil SPM, tapi kau
asyik
buat hal di sekolah. Cuba la kau
ikut
macam Angah dengan Alang tu.
Kenapa kau susah sangat nak
dengar nasihat orang hah?”,
leter
ibu lagi.
Suaranya kali ini sedikit sebak
bercampur marah. Along terus
membatukan diri. Tiada sepatah
kata pun yang keluar dari
mulutnya. Seketika dia melihat si
ibu berlalu pergi dan kembali
semula dengan rotan di
tangannya.
Kali ini darah Along mula
menderau.
Dia berdoa dalam hati agar ibu
tidak memukulnya lagi seperti
selalu. “Sekarang kau cakap,
kenapa kau bergaduh tadi?
Kenapa
kau pukul anak pengetua tu?
Cakap
Along, cakap!” Jerkah ibu. Along
semakin berdebar-debar namun
dia
tidak dapat berkata-kata.
Suaranya
bagai tersekat di kerongkong.
Malah, dia juga tidak tahu
bagaimana hendak menceritakan
hal sebenar. Si ibu semakin
bengang. ” Jadi betul la kau
yang
mulakan pergaduhan ye!? Nanti
kau, suka sangat cari
penyakitkan,
sekarang nah, rasakan!” Si ibu
merotan Along berkali-kali dan
berkali-kali jugaklah Along
menjerit
kesakitan.
“Sakit bu…sakit….maafkan
Along
bu, Along janji tak buat lagi….Bu,
jangan pukul bu…sakit bu…”
Along
meraung meminta belas si ibu
agar
tidak merotannya lagi. “Tau
sakit
ye, kau bergaduh kat sekolah tak
rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali
ini
semakin kuat pukulan si ibu
menyirat tubuh Along yang
kurus
itu. “Bu…ampunkan Along bu…
bukan Along yang mulakan…
bukan
Along….bu, sakit bu..!!”, rayu
Along
dengan suara yang tersekat-sekat
menahan pedih. Along memaut
kaki
si ibu. Berkali-kali dia memohon
maaf daripada ibunya namun
siratan rotan tetap mengenai
tubuhnya. Along hanya mampu
berdoa. Dia tidak berdaya lagi
menahan tangisnya. Tangis
bukan
kerana sakitnya dirotan, tapi
kerana memikirkan tidak jemukah
si
ibu merotannya setiap hari.
Setelah
hatinya puas, si ibu mula
berhenti
merotan Along. Tangan Along
yang
masih memaut kakinya itu di
tepis
kasar. Along menatap mata ibu.
Ada
manik-manik kaca yang bersinar
di
kelopak mata si ibu. Along
memandang dengan sayu.
Hatinya
sedih kerana telah membuatkan
ibunya menangis lagi kerananya.
Malam itu, Along berjaga
sepanjang
malam. Entah mengapa matanya
tidak dapat dilelapkan. Dia asyik
teringatkan peristiwa dirotan ibu
petang tadi. Begitulah yang
berlaku
apabila ibu marahkannya. Tapi
kali
ini marah ibu sangat memuncak.
Mungkin kerana dia menumbuk
anak pengetua sewaktu di
sekolah
tadi menyebabkan pengetua
hilang
sabar dan memanggil ibunya ke
sekolah untuk membuat aduan
kesekian kalinya. Sewaktu di bilik
pengetua, Along sempat
menjeling
ibu di sebelah. Namun, dia tidak
diberi kesempatan untuk
bersuara.
Malah, semua kesalahan itu di
dilemparkan kepadanya seorang.
Si
Malik anak pengetua itu bebas
seolah-olah sedikit pun tidak
bersalah dalam hal ini. Along
mengesat sisa-sisa air mata yang
masih bertakung di kelopak
matanya. Dia berlalu ke meja tulis
mencapai minyak sapu lalu
disapukan pada bekas luka yang
berbirat di tubuhnya dek rotanan
ibu tadi. Perlahan-lahan dia
menyapu ubat namun masih
tetap
terasa pedihnya. Walaupun sudah
biasa dirotan, namun tidak
seteruk
kali ini Along merebahkan
badannya. Dia cuba memejamkan
mata namun masih tidak mahu
lelap. Seketika wajah ibu
menjelma
diruang ingatannya. Wajah ibu
suatu ketika dahulu sangat
mendamaikan pada pandangan
matanya. Tetapi, sejak dia gagal
dalam SPM, kedamaian itu
semakin
pudar dan hanya kelihatan biasa
dan kebencian di wajah tua itu.
Apa
yang dibuat serba tidak kena
pada
mata ibu. Along sedar, dia telah
mengecewakan hati ibu dahulu
kerana mendapat keputusan
yang
corot dalam SPM. Tetapi Along
tidak
pernah ambil hati dengan sikap
ibu
walau adakalanya kata-kata
orang
tua itu menyakiti hatinya. Along
sayang pada ibu. Dialah satu-
satunya ibu yang Along ada
walaupun kasih ibu tidak semekar
dahulu lagi. Along mahu meminta
maaf. Dia tidak mahu menjadi
anak
derhaka. Fikirannya terlalu
cacamarba, dan perasaannya pula
semakin resah gelisah. Akhirnya,
dalam kelelahan melayani
perasaan,
Along terlelap juga.
Seminggu selepas peristiwa itu, si
ibu masih tidak mahu bercakap
dengannya. Jika ditanya, hanya
sepatah dijawab ibu.. Itupun acuh
tidak acuh sahaja. Pulang dari
sekolah, Along terus menuju ke
dapur. Dia mencangak mencari
ibu
kalau-kalau orang
kesayangannya
itu ada di situ. Along tersenyum
memandang ibu yang
terbongkok-
bongkok mengambil sudu di
bawah
para dan kemudian mencacap
makanan yang sedang dimasak
itu.
Dia nekad mahu menolong.
Mudah-
mudahan usahanya kali ini
berjaya
mengambil hati ibu. Namun,
belum
sempat dia melangkah ke dapur,
adik perempuannya yang baru
pulang daripada mengaji terus
meluru ke arah ibu. Along
terperanjat dan cuba
berselindung
di sebalik pintu sambil
memerhatikan mereka..
” Ibu..ibu masak apa ni?
Banyaknya
lauk, ibu nak buat kenduri ye!?”
Tanya Atih kehairanan. Dia tidak
pernah melihat ibunya memasak
makanan yang pelbagai jenis
seperti itu. Semuanya enak-enak
belaka. Si ibu yang lincah
menghiris
sayur hanya tersenyum melihat
keletah anak bongsunya itu.
Sementara Along disebalik pintu
terus memerhatikan mereka
sambil
memasang telinganya. “Ibu,
Atih
nak rasa ayam ni satu boleh?”
” Eh
jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih
lapar, tapi tunggulah Kak Ngah
dengan Alang balik dulu. Nanti
kita
makan sekali. Pergi naik atas
mandi
dan tukar baju dulu ye!”, si ibu
bersuara lembut. Along menarik
nafas panjang dan
melepaskannya
perlahan. ‘anak-anak
kesayangan
ibu nak balik rupanya..’ bisik
hati
kecil Along. “Kak Ngah dengan
Alang nak balik ke ibu?”,
soalnya
lagi masih belum berganjak dari
dapur. Si ibu mengangguk sambil
tersenyum. Di wajahnya jelas
menampakkan kebahagiaan.
“Oooo
patutlah ibu masak lauk banyak-
banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik
la.
Kenapa bila Along balik, ibu tak
masak macam ni pun?”. Along
terkejut mendengar soalan Atih
Namun dia ingin sekali tahu apa
jawapan dari ibunya. “Along
kan
hari-hari balik rumah? Kak Ngah
dengan Alang lain, diorang kan
duduk asrama, balik pun sebulan
sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi,
ibu
tak penah masak lauk macam ni
dekat Along pun..”, soal Atih
lagi.
Dahinya sedikit berkerut dek
kehairanan. Along mula terasa
sebak. Dia mengakui kebenaran
kata-kata adiknya itu namun dia
tidak mahu ada perasaan dendam
atau marah walau secalit pun
pada
ibu yang sangat disayanginya.
“Dah
tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi
kita pergi ambil Kak Ngah dengan
Alang dekat stesen bas.” , arah
ibu.
Dia tidak mahu Atih mengganggu
kerja-kerjanya di dapur dengan
menyoal yang bukan-bukan.
Malah
ibu juga tidak senang jika Atih
terus
bercakap tentang Along. Pada
ibu,
Along anak yang derhaka yang
selalu menyakiti hatinya.. Apa
yang
dikata tidak pernah didengarnya.
Selalu pula membuat hal di
sekolah
mahupun di rumah. Disebabkan
itulah ibu semakin hilang
perhatian
pada Along dek kerana marah
dan
kecewanya.
Selepas ibu dan Atih keluar, Along
juga turut keluar. Dia menuju ke
Pusat Bandar sambil jalan-jalan
buat menghilangkan tekanannya.
Tiba di satu kedai, kakinya tiba-
tiba
berhenti melangkah Matanya
terpaku pada sepasang jubah
putih
berbunga ungu yang di lengkapi
dengan tudung bermanik.
‘Cantiknya, kalau ibu pakai
mesti
lawa ni….’ Dia bermonolog
sendiri.
Along melangkah masuk ke
dalam
kedai itu. Sedang dia membelek-
belek jubah itu, bahunya tiba-tiba
disentuh seseorang. Dia segera
menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz,
sahabatnya. “La…kau ke, apa
kau
buat kat sini?”, tanya Along
ingin
tahu sambil bersalaman dengan
Fariz.. “Aku tolong jaga butik
kakak
aku. Kau pulak buat apa kat
sini?”,
soalnya pula. “Aku tak de buat
apa-
apa, cuma nak tengok-tengok
baju
ni. Aku ingat nak kasi mak
aku!”,
jelas Along jujur. “waa…bagus la
kau ni Azam. Kalau kau nak beli
aku
bagi less 50%. Macammana?”
Terlopong mulut Along
mendengar
tawaran Fariz itu. “Betul ke ni
Riz?
Nanti marah kakak kau!”, Along
meminta kepastian. “Untuk
kawan
baik aku, kakak aku mesti bagi
punya!”, balas Fariz
meyakinkannya. “Tapi aku kena
beli
minggu depan la. Aku tak cukup
duit sekarang ni.” Cerita Along
agak
keseganan. Fariz hanya menepuk
mahunya sambil tersenyum.
“Kau
ambik dulu, lepas tu kau bayar
sikit-
sikit..” Kata Fariz . Along hanya
menggelengkan kepala tanda
tidak
setuju. Dia tidak mahu berhutang
begitu. Jika ibunya tahu, mesti
dia
dimarahi silap-silap dipukul lagi.
“Dekat kau ada berapa ringgit
sekarang ni?”, soal Fariz yang
benar-benar ingin membantu
sahabatnya itu. Along menyeluk
saku seluarnya dan
mengeluarkan
dompet berwarna hitam yang
semakin lusuh itu. “Tak sampai
sepuluh ringgit pun Riz, tak pe
lah,
aku datang beli minggu depan.
Kau
jangan jual dulu baju ni tau!”,
pesan
Along bersungguh-sungguh.
Fariz
hanya mengangguk senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek
sudah melangkaui nombor tujuh.
Setelah tiba, kelihatan Angah dan
Alang sudah berada di dalam
rumah. Mereka sedang rancak
berbual dengan ibu di ruang
tamu.
Dia menoleh ke arah mereka
seketika kemudian menuju ke
dapur. Perutnya terasa lapar
sekali
kerana sejak pulang dari sekolah
petang tadi dia belum makan lagi.
Penutup makanan diselak. Syukur
masih ada sisa lauk-pauk yang
ibu
masak tadi bersama sepinggan
nasi
di atas meja. Tanpa berlengah dia
terus makan sambil ditemani Si
Tomei, kucing kesayangan arwah
ayahnya. “Baru nak balik waktu
ni?
Buat hal apa lagi kat luar tu?”,
soalan ibu yang bernada sindir itu
tiba-tiba membantutkannya
daripada menghabiskan sisa
makanan di dalam pinggan.
“Kenapa tak makan kat luar ja?
Tau
pulak, bila lapar nak balik
rumah!”,
leter ibu lagi. Along hanya diam.
Dia
terus berusaha mengukir senyum
dan membuat muka selamber
seperti tidak ada apa-apa yang
berlaku. Tiba-tiba Angah dan
Alang
menghampirinya di meja makan.
Mereka berdiri di sisi ibu yang
masih
memandang ke arahnya seperti
tidak berpuas hati. “Along ni
teruk
tau. Suka buat ibu susah hati.
Kerana Along, ibu kena marah
dengan pengetua tu.” Marah
Angah, adik perempuannya yang
sedang belajar di MRSM. Along
mendiamkan diri.. Diikutkan hati,
mahu saja dia menjawab kata-
kata
adiknya itu tetapi melihat kelibat
ibu yang masih di situ, dia
mengambil jalan untuk membisu
sahaja.. “Along! Kalau tak suka
belajar, berhenti je la. Buat je
kerja
lain yang berfaedah daripada
menghabiskan duit ibu”,
sampuk
Alang, adik lelakinya yang
menuntut di sekolah berasrama
penuh. Kali ini kesabarannya
benar-
benar tercabar. Hatinya semakin
terluka melihat sikap mereka
semua. Dia tahu, pasti ibu
mengadu
pada mereka. Along mengangkat
mukanya memandang wajah ibu.
Wajah tua si ibu masam mencuka.
Along tidak tahan lagi. Dia segera
mencuci tangan dan meluru ke
biliknya.
Perasaannya jadi kacau.
Fikirannya
bercelaru. Hatinya pula jadi tidak
keruan memikirkan kata-kata
mereka. Along sedar, kalau dia
menjawab, pasti ibu akan
semakin
membencinya. Along nekad, esok
pagi-pagi, dia akan tinggalkan
rumah. Dia akan mencari kerja di
Bandar. Kebetulan cuti sekolah
selama seminggu bermula esok.
Seperti yang dinekadkan, pagi itu
selesai solat subuh, Along terus
bersiap-siap dengan membawa
beg
sekolah berisi pakaian, Along
keluar
daripada rumah tanpa ucapan
selamat. Dia sekadar menyelitkan
nota buat si ibu menyatakan
bahawa dia mengikuti program
sekolah berkhemah di hutan
selama
seminggu. Niatnya sekadar mahu
mencari ketenangan selama
beberapa hari justeru dia
terpaksa
berbohong agar ibu tidak
bimbang
dengan tindakannya itu. Along
menunggang motorsikalnya terus
ke Pusat Bandar untuk mencari
pekerjaan. Nasib
menyebelahinya,
tengah hari itu, dia diterima
bekerja
dengan Abang Joe sebagai
pembantu di bengkel membaiki
motorsikal dengan upah lima
belas
ringgit sehari, dia sudah rasa
bersyukur dan gembira. Gembira
kerana tidak lama lagi, dia dapat
membeli jubah untuk ibu. Hari ini
hari ke empat Along keluar
daripada rumah. Si ibu sedikit
gelisah memikirkan apa yang
dilakukan Along di luar. Dia juga
berasa agak rindu dengan Along.
Entah mengapa hati keibuannya
agak tersentuh setiap kali
terpandang bilik Along. Tetapi
kerinduan dan kerisauan itu
terubat
apabila melihat gurau senda
anak-
anaknya yang lain.
Seperti selalu, Along bekerja keras
membantu Abang Joe di
bengkelnya. Sikap Abang Joe
yang
baik dan kelakar itu sedikit
sebanyak mengubat hatinya
yang
luka. Abang Joe baik. Dia banyak
membantu Along antaranya
menumpangkan Along di
rumahnya
dengan percuma. “Azam, kalau
aku
tanya kau jangan marah k!”,
soal
Abang Joe tiba-tiba sewaktu
mereka menikmati nasi bungkus
tengah hari itu. “Macam serius
jer
bunyinya Abang Joe?” Along
kehairanan. “Sebenarnya, kau
lari
dari rumah kan ?” Along
tersedak
mendengar soalan itu. Nasi yang
disuap ke dalam mulut tersembur
keluar Matanya juga kemerah-
merahan menahan sedakan.
Melihat
keadaan Along itu, Abang Joe
segera menghulurkan air.
“Kenapa
lari dari rumah? Bergaduh dengan
parents?” Tanya Abang Joe lagi
cuba menduga. Soalan Abang Joe
itu benar-benar membuatkan
hati
Along sebak. Along mendiamkan
diri. Dia terus menyuap nasi ke
dalam mulut dan mengunyah
perlahan. Dia cuba menundukkan
mukanya cuba menahan
perasaan
sedih. “Azam, kau ada cita-cita
tak….ataupun impian ker…?”
Abang
Joe mengubah topik setelah
melihat
reaksi Along yang kurang selesa
dengan soalannya tadi. ” Ada ”
jawab Along pendek “Kau nak
jadi
apa besar nanti? Jurutera?
Doktor?
Cikgu? Pemain bola? Mekanik
macam aku….atau….” Along
menggeleng-gelengkan kepala.
“semua tak…Cuma satu je, saya
nak
mati dalam pangkuan ibu saya.”
Jawab Along disusuli ketawanya.
Abang Joe melemparkan tulang
ayam ke arah Along yang tidak
serius menjawab soalannya itu.

Ala , gurau ja la Abang Joe.
Sebenarnya….saya nak bawa ibu
saya ke Mekah dan….saya….saya
nak jadi anak yang soleh!”.
Perlahan
sahaja suaranya namun masih
jelas
didengari telinga Abang Joe.
Abang
Joe tersenyum mendengar
jawapannya. Dia bersyukur di
dalam
hati kerana mengenali seorang
anak yang begitu baik. Dia sendiri
sudah bertahun-tahun membuka
bengkel itu namun belum pernah
ada cita-cita mahu menghantar
ibu
ke Mekah.
Setelah tamat waktu rehat,
mereka
menyambung kerja masing-
masing..
Tidak seperti selalu, petang itu
Along kelihatan banyak berfikir.
Mungkin terkesan dengan soalan
Abang Joe sewaktu makan tadi.
“Abang Joe, hari ni, saya nak
balik
rumah …terima kasih banyak
kerana jaga saya beberapa hari
ni”,
ucap Along sewaktu selesai
menutup pintu bengkel. Abang
Joe
yang sedang mencuci tangannya
hanya mengangguk. Hatinya
gembira kerana akhirnya anak
muda itu mahu pulang ke
pangkuan
keluarga. Sebelum berlalu, Along
memeluk lelaki bertubuh sasa itu.
Ini menyebabkan Abang Joe
terasa
agak sebak “Abang Joe, jaga diri
baik-baik. Barang-barang yang
saya
tinggal kat rumah Abang Joe tu,
saya hadiahkan untuk Abang
Joe.”
Kata Along lagi “Tapi, kau kan
boleh
datang bila-bila yang kau suka ke
rumah aku!?”, soal Abang Joe.
Dia
risau kalau-kalau Along menyalah
anggap tentang soalannya tadi.
Along hanya senyum
memandangnya. “Tak apa, saya
bagi kat Abang Joe. Abang Joe,
terima kasih banyak ye! Saya rasa
tak mampu nak balas budi baik
abang. Tapi, saya doakan
perniagaan abang ni semakin
maju.” Balasnya dengan tenang.
Sekali lagi Abang Joe
memeluknya
bagai seorang abang memeluk
adiknya yang akan pergi jauh.
Berbekalkan upahnya, Along
segera
menuju ke butik kakak Fariz
untuk
membeli jubah yang
diidamkannya
itu. Setibanya di sana , tanpa
berlengah dia terus ke tempat di
mana baju itu disangkut. ” Hey
Azam, mana kau pergi? Hari tu
mak
kau ada tanya aku pasal kau. Kau
lari dari rumah ke?”, soal Fariz
setelah menyedari kedatangan
sahabatnya itu Along hanya
tersengeh menampakkan giginya.
“Zam, mak kau marah kau lagi
ke?
Kenapa kau tak bagitau hal
sebenar
pasal kes kau tumbuk si Malik
tu?”
“Tak pe lah, perkara dah
berlalu….lagipun, aku tak nak ibu
aku terasa hati kalau dia dengar
tentang perkara ni”, terang
Along
dengan tenang. “Kau jadi
mangsa.
Tengok, kalau kau tak bagitau,
mak
kau ingat kau yang salah”, kata
Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku
tak
nak ibu aku sedih. Lagipun aku
tak
kisah.” “Zam..kau ni…..”
“Aku ok,
lagipun aku sayang dekat ibu
aku.
Aku tak nak dia sedih dan ingat
kisah lama tu.” Jelas Along
memotong kata-kata si sahabat
yang masih tidak berpuas hati
itu.
“Aku nak beli jubah ni Riz. Kau
tolong balutkan ek, jangan lupa
lekat kad ni sekali, k!”, pinta
Along
sambil menyerahkan sekeping
kad
berwarna merah jambu. “No
problem…tapi, mana kau dapat
duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz
ingin
tahu. “Aku kerja kat bengkel
Abang
Joe.. Jadi pembantu dia”, terang
Along. “Abang Joe mana ni?”
“Yang
buka bengkel motor kat Jalan
Selasih sebelah kedai makan
pakcik
kantin kita tu!”, jelas Along
dengan
panjang lebar. Fariz
mengangguk .
“Azam, kau nak bagi hadiah ni
kat
mak kau bila?” “Hari ni la…”
balas
Along. “Ooo hari lahir ibu kau
hari ni
ek?” “Bukan, minggu
depan…”
“Habis?. Kenapa kau tak tunggu
minggu depan je?”, soal Fariz
lagi.
“Aku rasa hari ni je yang yang
sempat untuk aku bagi hadiah ni.
Lagipun, aku harap lepas ni ibu
aku
tak marah aku lagi.” Jawabnya
sambil mengukir senyum.
Along keluar daripada kedai.
Kelihatan hujan mulai turun.
Namun
Along tidak sabar menunggu
untuk
segera menyerahkan hadiah itu
untuk ibu. Sambil menunggang,
Along membayangkan wajah ibu
yang sedang tersenyum
menerima
hadiahnya itu. Motosikalnya
sudah
membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di
simpang hadapan lorong masuk
ke
rumahnya, sebuah kereta wira
yang
cuba mengelak daripada
melanggar
seekor kucing hilang kawalan dan
terus merempuh Along dari
depan
yang tidak sempat mengelak.
Akibat perlanggaran yang kuat
itu,
Along terpelanting ke tengah
jalan
dan mengalami hentakan yang
kuat
di kepala dan belakangnya. Topi
keledar yang dipakai mengalami
retakan dan tercabut daripada
kepalanya, Along membuka
matanya perlahan-lahan dan
terus
mencari hadiah untuk si ibu dan
dengan sisa kudrat yang ada, dia
cuba mencapai hadiah yang
tercampak berhampirannya itu.
Dia
menggenggam kuat cebisan kain
dan kad yang terburai dari kotak
itu. Darah semakin membuak-
buak
keluar dari hidungnya. Kepalanya
juga terasa sangat berat,
pandangannya berpinar-pinar
dan
nafasnya semakin tersekat-sekat.
Dalam keparahan itu, Along
melihat
kelibat orang-orang yang sangat
dikenalinya sedang berlari ke
arahnya. Serta merta tubuhnya
terus dirangkul seorang wanita.
Dia
tahu, wanita itu adalah ibunya.
Terasa bahagia sekali apabila
dahinya dikucup saat itu. Along
gembira. Itu kucupan daripada
ibunya. Dia juga dapat
mendengar
suara Angah, Alang dan Atih
memanggil-manggil namanya.
Namun tiada suara yang keluar
dari
kerongkongnya saat itu. Along
semakin lemah. Namun, dia
kuatkan
semangat dan cuba
menghulurkan
jubah dan kad yang masih
digenggamannya itu.
“Ha..hadiah….untuk…..ibu……….”
ucapnya sambil berusaha
mengukir
senyuman. Senyuman terakhir
buat
ibu yang sangat dicintainya. Si
ibu
begitu sebak dan sedih. Si anak
dipeluknya sambil dicium berkali-
kali. Air matanya merembes
keluar
bagai tidak dapat ditahan lagi.
Pandangan Along semakin kelam.
Sebelum matanya tertutup rapat,
terasa ada air hangat yang
menitik
ke wajahnya. Akhirnya, Along
terkulai dalam pangkuan ibu dan
dia pergi untuk selama-lamanya.
Selesai upacara pengebumian, si
ibu
terus duduk di sisi kubur Along
bersama Angah, Alang dan Atih.
Dengan lemah, wanita itu
mengeluarkan bungkusan yang
hampir relai dari beg tangannya.
Sekeping kad berwarna merah
jambu bertompok darah yang
kering dibukanya lalu dibaca.
‘Buat
ibu yang sangat dikasihi,
ampunkanlah salah silap along
selama ini. Andai along
melukakan
hati ibu, along pinta sejuta
kemaafan. Terimalah maaf along
bu..Along janji tak kan
membuatkan
ibu marah lagi. Ibu, Along sayang
ibu selama-lamanya. Selamat hari
lahir ibu… dan terimalah hadiah
ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu
dilipat
dan dicium. Air mata yang
bermanik
mula berjurai membasahi pipi.
Begitu juga perasaan yang dirasai
Angah, Alang dan Atih. Masing-
masing berasa pilu dan sedih
dengan pemergian seorang abang
yang selama ini disisihkan.
Sedang
melayani perasaan masing-
masing,
Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus
mendekati wanita tua itu lalu
mencurahkan segala apa yang
dipendamnya selama ini.
“Makcik,
ampunkan segala kesalahan
Azam.
Azam tak bersalah langsung
dalam
kes pergaduhan tu makcik.
Sebenarnya, waktu Azam dan
saya
sibuk menyiapkan lukisan, Malik
datang dekat kami Dia sengaja
cari
pasal dengan Azam dengan
menumpahkan warna air dekat
lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-
ejek
Azam. Dia cakap Azam anak
pembunuh. Bapa Azam seorang
pembunuh dan .. dia jugak cakap,
ibunya seorang perempuan
gila..”
cerita Fariz dengan nada sebak. Si
ibu terkejut mendengarnya.
Terbayang di ruang matanya
pada
ketika dia merotan Along kerana
kesalahan menumbuk Malik.
“Tapi,
kenapa arwah tidak ceritakan
pada
makcik Fariz?” Soalnya dengan
sedu
sedan. “Sebab…..dia tak mahu
makcik sedih dan teringat
kembali
peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak
nak makcik jatuh sakit lagi, dia
tak
nak mengambil semua
ketenangan
yang makcik ada sekarang…
walaupun dia disalahkan, dia
terima. Tapi dia tak sanggup
tengok
makcik dimasukkan ke hospital
sakit jiwa semula….” Terang
Fariz
lagi. Dia berasa puas kerana dapat
menyatakan kebenaran bagi
pihak
sahabatnya itu.
Si ibu terdiam mendengar
penjelasan Fariz. Terasa seluruh
anggota badannya menjadi
Lemah.
Berbagai perasaan mencengkam
hatinya. Sungguh hatinya terasa
sangat pilu dan terharu dengan
pengorbanan si anak yang selama
ini dianggap derhaka

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...