Taubat yang penuh ikhlas dan harapan akan diterima Allah SWT ialah taubat nasuhah, taubat yang sebenar-benarnya.
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Surah Al Tahrim:8)
Iaitu
mereka bertaubat dengan memenuhi syarat-syarat yang diutarakan tadi.
Taubat yang ditolak ialah taubat yang dilakukan diambang kematian,
ketika nafas telah sampai dikerongkong, demikian juga taubatnya seorang
mati dalam keadaan kafir.
17. Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. 18. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang." Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.(Surah An Nisa:17,18)
TINGKATAN TAUBAT
Imam Ghazali r.a membahagikan tingkatan taubat kepada tiga iaitu:
Pertama:
Taubatnya orang awam, iaitu taubat yang dilakukan terhadap dosa-dosa
yang lahir dan nyata, misalnya berzina, mencuri, membunuh dan lain-lain.
Kedua:
Taubat yang khusus yakni taubat yang dilakukan kerana dosa-dosa batin,
misalnya dengki, takbur (bangga diri), ujub dan lain-lain.
Ketiga:
Taubat yang lebih khusus iaitu taubat daripada kealpaan dan kelalaian
mengingati Allah SWT. Taubat yang demikian itulah yag dimaksudkan oleh
Rasulullah SAW dalam hadis bahawa baginda sendiri bertaubat kepada Allah
seratus (100) kali sehari.
Jelas
bahawa Nabi SAW terpelihara daripada dosa (maksum) namun baginda sering
bertaubat dan memohon ampun, sabagaimana sabdanya yang bermaksud:
"Demi Allah, sesungguhnya aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepadanya, lebih tujuh piluh kali setiap hari" (Riwayat Bukhari)
Nabi
SAW lakukan hal itu yang menunjukkan pengawasan yang ketat terhadap
dirinya sendiri. Setiap kali hatinya merasakan kealpaan setiap kali pula
beliau memohon ampun:
"Adakalanya timbul perasaan (gundah) dalam hatiku maka aku memohon ampun kepada Allah sehari seratus kali." (Riwayat Muslim)
Selain
daripada itu hendaklah menjadi contoh bagi umatnya,bahawa sedangkan
baginda sendiri yang terpelihara daripada dosa masih tetap bertaubat dan
beristighfar, apa lagi umatnya yang banyak khilaf dan salah hendaknya
jangan mengabaikan taubat itu. Hal ini tercermin dalam perintah baginda
sendiri:
"Hai sekalian manusia! Bertaubatlah kamu kepada Allah dan mohon ampunlah kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Nya tiap hari seratus kali." (Riwayat Muslim).
CARA-CARA MENGHAPUSKAN DOSA
1.
Taubat dengan ikhlas (taubat nasuhah). Taubat ini boleh menghapuskan
dosa bagaikan air jernih yang dapat menghilangkan kekotoran.
2.
Dengan mengerjakan amalan-amalan yang baik. Dengan mengerjakan amalan
dan pekerjaan yang baik itu akan menghapuskan kejahatan.
3. Dengan memperbanyakkan sedekah. Dengan bersedekah itu dapat dapat menghapuskan dosa, bagaikan air yang dapat memadamkan api.
4.
Dengan ditimpa dengan beberapa musibah (bencana dan percubaan). Bala
bencana (musibah) dan percubaan ini dapat menghapuskan kesalahan,
bagaikan daun kering yang akan reput dan hancur.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment