Followers

Sunday, 1 January 2012

Perbezaan Antara Kegagalan dan Kesalahan ? Berani Gagal


Kegagalan bermaksud sesuatu rancangan yang anda rancang tidak menjadi, kegagalan akan membawa anda untuk belajar sesuatu daripada kegagalan tersebut. Anda juga sudah tahu satu jalan yang tidak berjaya untuk mencapai objektif anda.
Kesalahan pula adalah kegagalan yang diulang. Membuat sesuatu buat kali yang kedua di mana anda tahu ianya sesuatu yang tidak akan membawa kejayaan. Ini mungkin disebabkan mendapat nasihat yang salah, kecuaian, pentingkan diri sendiri atau kerana ingin berlagak.
Contohnya jika anda mengadakan promosi jualan kereta mewah di sebuah universiti dan setelah sebulan anda mendapati anda tidak mendapat sebarang jualan. Ini adalah kegagalan.
Namun pada bulan seterusnya, anda nekad untuk meneruskan untuk membuka gerai promosi jualan kereta mewah itu sekali lagi di universiti juga. Ini kesalahan.
Setelah anda melalui kegagalan, kita perlu membuat analisa atas kegagalan itu. Anda tahu jalan yang anda gunakan itu salah. Jadi anda perlu terus mencari jalan yang betul.
Boleh jadi tempat di universiti itu tidak sesuai kerana mahasiswa universiti tidak mampu membeli kereta mewah. Mungkin anda boleh mengadakan promosi kereta kancil atau motosikal.
Boleh jadi anda perlu mengubah tempat promosi ke pusat membeli-belah orang berada seperti di The Curve. Di sana mungkin orang lebih mampu untuk memiliki kereta mewah.

Jadi setiap analisa ini akan membawa anda lebih dekat kepada kejayaan.
Dalam perniagaan, kita perlukan lebih banyak kegagalan dan bukan kesalahan. Kegagalan akan membuatkan kita lebih kuat dan mengajar kita untuk mengetahui bahawa “ini satu lagi jalan yang tidak betul”. Dalam masa yang sama, ia akan semakin menunjukkan jalan yang betul untuk berjaya.
Namun masyarakat dan sekolah kita mengelirukan kita. Kita diajar untuk tidak membuat kesalahan tetapi di larang untuk gagal.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...